Trip 3 dalam 1 ini diklasifikasikan kerana Tekong Mat Din ini...mahir menjejak lubuk2 untuk bermain dasar, jigging & popping.. Sebab inilah juga saya setiap tahun akan memilih beliau utk ke Pelantar. Siang bermain dasar manakala malam dikhaskan utk jigging & Popping....kadang2 kesian juga melihat Tekong ini 'dikerjakeraskan' siang dan malam oleh kami...hehehe..sehingga utk beliau tidur pun terpaksa meminta kebenaran dari kami...hehehe
Terima Kasih kpd Sdr. Roslin ( Ahli Bot 2 ), kerna sudi menumpangkan rumah nenek beliau utk kami berehat sementara menunggu pagi...rata2 ahli trip tia 4am di rumah Roslin dan seawal 7pagi bersiap utk bersarapan & seterusnya memungggah barang kedalam bot...
Atas sedikit kesilapan teknikal, bot 2 terlambat masuk ke jeti LKIM, Kuala Dungun dan mengakibatkan bot terpaksa berbaris utk mendapatkan bekalan minyak & Ais....Manakala Bot 1 yg terdiri dari Ahli baru...Palijam, Ameq, Gemi, Abg Mie, Cassiterite dan ahli lama Manmiya, Mizal, Wak Lele, Aji-Aji dan saya sendiri tidak sabar menunggu mereka dan tepat 3ptg kami telah mula bergerak menuju ke laut...Maka unjam dan pipeline terpaksa kami lupakan utk hari ini memandangkan kesempatan masa yang terhad...
Di dalam alun 'biase' yg kami lalui dan tempuhi sebelum ini...rupanya2 menjadi luar biasa bagi salah seorang ahli baru...Membuatkannya 'tidak sedar'kan diri...hehehe
Lebih kurang 4pagi kami telah tiba di Pelantar Sotong...Sementara menunggu Bot 2 sampai...kami mencuba kaedah dasar untuk mencari Ebek dan ade juga yang jingging di kawasan Pelantar ini....Alunan sebelumnya agak berkurangan...namun yg pengsan tetap masih pengsan...hehehe
Jigging diawal pagi...
Manakala selepas terbit matahari barulah kami berjaya menaikkan 2ekor Ebek...1 dari Tekong & 1 dari Abg Mie...
Manakala Pari pun berjaya dinaikkan oleh Gemi..
Selain itu...Merah menyala Kerapu Bara juga sudi menjamah umpan...
Setelah Bot 2 tiba di Pelantar Sotong, kami bersama2 bergerak mencari Tapak Boreng, Karang serta Pipeline untuk hasil yang seterusnya....kemudian satu-persatu hasil berjaya dibawa naik dari dasar...
Palijam pertama kali turun ke Pelantar...
Cassiterite sudah biasa menduga laut dalam namun ini pengalaman pertama bersama bot Mat Din...
Aji-Aji dan Wak Lele...
Double Hook Up adalah perkara biasa apabila memancing secara dasaran di pipeline...
Kalo tiada kerapu Bara & Ibu kerisi, ianya tiada seri jika memancing di Pelantar Minyak...
Palijam antara orang yang betul2 bertuah kali ini...walaupun pertama kali ke pelantar namun nasib sentiasa menyebelahi beliau...Mayong seberat 9kg berjaya ditawan..
Awak2 berjaya menaikkan kakap merah sekitar 3.5kg...
Kemudian Kakap Merah seberat 4.32kg pulak menjadi habuannya...Ikan ini juga menobatkan beliau selaku Juara Kategori Ikan Gred A...RM100 masuk sakuuu...hehehe
Bot 2 yg berlabuh berhampiran dgn kami...riuh rendah kedengaran pabila cupak sekor demi sekor dibawa naik...kami tak kurang berbelas juga yg dibawa naik...
Keesokannya aktiviti diteruskan memancing di Pipeline, Tapak Pelantar dan Karang...Keasyikan kami memancing terhenti apa bila tekong mendapat Isyarat Bot 2 mengalami masalah....Mujurlah pada masa ini tiada alun...
Setelah kami meminjamkan awak2 utk membantu kerosakan bot 2...Tekong menyatakan kami terpaksa membatalkan hasrat ke Pulai pada hari itu dan meneruskan aktiviti selebihnya di Pelantar Duyung...Rupa2nya masih ada penghuni pelantar yang menanti kehadiran kami disini...dan dari kejauhan kami dapat melihat Bot 2 seperti sudah boleh bergerak semula dgn perlahan...Syukur...
Manmiya memulakan aksi di Pelantar ini dgn Mayong seberat 10.5kg...
Kemudian seekor lagi seberat 11kg dinaikkan oleh Gemi...
Aji-Aji pula menaikkan Jemuduk dgn kaedah Jiggingnya...
Riak ikan2 kecil dibelakang Bot membuatkan saya rasa ada sesuatu yang tidak kena...secara diam2 Rod Goosen PE2-3 dipadankan dgn Reel Caldia Kix serta peluru biasa yg dibawa ke Pelantar Range Popper kaler hijau...dibalinggg....seterusnya mendapat sambutannn...hehehe
GT 7kg berjaya berada dalam dakapan....tak main yang besar2 angin dah semputtt...hehehe
Acara disebelah malam lebih kepada Popping dan Jigging...Jigging banyak menaikkan Cupak sampai malas nak amik gambar sehinggalah di satu tahap Aji-Aji menerima sambaran...Set popping Saltiga-Z 6500 dipadankan dgn Rod Caranx Kaibutsu melengkong dgn hebat sehingga permainan terpaksa menjadi acara berganti2...Aji-Aji, Mizal & Gemi berhempas pulas hendak melihat besar manakah mangsa yg menelan popper Aji-Aji...
Dan Hasilnyaaaaaa....Naik semput mengangkatnya...hehehe
Awal pagi kelihatan Air laut lansung tiada alun...umpama berada di atas tasek sahaja lagaknya...Selamat Tinggal Pelantar Duyung...
Maka bermulalah satu lagi aktiviti tambahan kami...Menunda Bot 2 ke Pelantar Pulai...Bot 2 tidak boleh bergerak laju sbb itulah ianya terpaksa ditunda...
Semasa didalam perjalanan menuju ke Pelantar Pulai...Tekong berhenti utk menduga lubuk Merah Suman yang lama tak dikunjunginya...Maka mmg tepat telahan tekong...Merah Suman silih berganti dinaikkan...selain itu cermin yg besar2 serta Ebek juga menjadi habuan kami...
Manakala lubuk menjadi rebutan kedua2 bot...
Perjalanan Ke Pulai sungguh mengasyikkan ini kerana tiada alun langsung...
Di Pelantar Pulai memang suasana & harapan menggunung berada disini...bayangkan Popper yg digunakan utk menjerat GT pun dibaham Cupak...rata2 cupak sekitar 5 - 7kg yang bermaharajalela disini..
Sekali lagi Aji-Aji menjadi jaguh...kali ini jignya pula yang mengena...GT seberat 15.14kg berjaya dibawa naik...
Boiling GT sebelum itu amat menggalakkan sehinggalah Bot 2 berlabuh berhampiran kami serta kedatangan Kapal petugas pelantar membuatkan suasana boiling sunyi sepi...
Disaat saya pun tertidur....sedar2 sahaja dikejutkan utk mengesahkan pendaratan GT Palijam....
Keesokannya perjalanan diteruskan ke Pelantar Tiong....Namun Tekong mengambil keputusan tidak bermalam di situ...maka perjalanan terud ke Pelantar Angsi...beberapa Cupak, Aruan Tasek serta ikan2 lain berjaya dinaikkan disini...Ijam menjadi Juara disini menaikkan Alu2 seberat 12kg...
Siangnya kami bermain pipeline disekitar Pelantar Angsi...
Dan apabila hampir malam....kami mula bergerak pulang ke Jeti...
Antara Hasil keseluruhan Bot 2 dan Bot 1...
Juara utk Ikan Gred B...Palijam dgn GT seberat 26kg..
2 ekor GT dari bot 1 melebihi 20kg...Palijam 26kg & Aji-Aji 21.8kg..
Ahli Trip Bot 1 kiri & Bot 2 kanan..
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT...WALAUPUN ADA KECACATAN PADDA AWALNYA NAMUN HASILNYA TETAP BERBALOI-BALOIIIII....